Sync, Aplikasi Untuk Warga Pendidikan dan Ibu Bapa

Dahulu kita menggunakan medium kertas untuk berhubung dan kini kebanyakannya diganti dengan penggunaan telefon pintar melalui aplikasi-aplikasi yang canggij. Namun begitu, ada kebaikannya tidak menggunakan kertas iaitu kita dapat mengurangkan penggunaan pokok. Merujuk kepada North Carolina Office of Waste Reduction and Recycling, sebanyak 75 000 batang pokok diperlukan dalam mencetak New York Times edisi Ahad.

mobile-phone-1026122_1280

Jadi atas kesedaran itu, Sync diperkenalkan sebagai medium untuk penyampaian maklumat dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan Malaysia dan ibu bapa. Apa itu Sync?

Sync Ala-Ala Telegram dan Whatsapp

Sync ialah sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat tempatan di Cyberjaya seperti aplikasi popular Whatsapp dan Telegram. Namun begitu, Sync lebih berfokus untuk menyampai berita, makluman dan acara kepada semua penggunanya berdasarkan kategori Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, Guru, Ibu Bapa dan Pelajar.

Sync School Messaging App

Namun begitu, tidak semua pengguna Sync boleh menyalurkan berita atau memberi komen kepada setiap makluman yang diberikan melaluinya. Hanya admin (maksimum 5 orang) sahaja yang boleh membuat mesej dan event (jemputan) kepada komuniti sekolahnya. Pengguna yang lain hanya dapat menjawab menerima untuk menghadiri jemputan atau menolak event yang dihantar melalui aplikasi Sync tersebut. Jika mesej pula, butang terima kasih sahaja yang terpapar sebagai respon.

Daftar Admin Sync Sekolah

Bagi sekolah-sekolah yang ingin mendaftar admin bagi aplikasi Sync ini, anda boleh gunakan pautan di bawah untuk tujuan tersebut. Maklumat-maklumat yang diperlukan adalah seperti kod sekolah, bilangan semua pelajar, no pejabat, email sekolah, logo, dan nama serta no telefon admin yang hendak dilantik (maksium lima)

sync-admin

Klik sini untuk pendaftaran Admin.

Muat Turun Sync Percuma

Aplikasi ini adalah percuma dan boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan IOS. Untuk langkah-langkah muat turun dan instalasi saya sertakan brochure sebagai panduan anda.

Sync

Muat Turun untuk Andoird : Klik Sini
Muat Turun untuk IOS : Klik Sini

Panduan Mengaktifkan Akaun Sync

sync brochure

Diharapkan dengan adanya aplikasi seperti ini dapat memudahkan urusan dan penyampaian maklumat antara sesama warga pendidikan dan komuniti warga pendidikan yang bertulang belakangkan sokongan ibu bapa dan pelajar.

Sumber Rujukan : CikguIK.com
Kredit gambar : Arkib CikguIk.com