PENGGUNAAN APLIKASI SYNC SCHOOL MESSAGING

Aplikasi ‘Sync School Messaging’ (Aplikasi SSM) merupakan medium komunikasi yang dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan hubungan antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan ibu bapa, guru dan murid dalam menyampaikan maklumat terkini dengan mudah dan berkesan melalui telefon pintar.

Perkhidmatan Aplikasi SSM disediakan secara percuma oleh Sync Lab Sdn Bhd. Perkhidmatan ini juga tidak memberikan sebarang implikasi kewangan kepada murid, ibu bapa, guru dan sekolah.

Sila klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

Sumber Rujukan : JPN Perak

Sistem Analisa Kompetensi

Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakkan sistem:
26 Sep – 02 Oct 2013 – Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct – 08 Oct 2013 – Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct – 16 Oct 2013 – P.Pinang, Kedah dan WP Labuan
17 Oct – 22 Oct 2013 – Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Johor
23 Oct – 31 Oct 2013 – Sabah, Sarawak dan Selangor

Makluman:
* Sekiranya mempunyai masalah semasa “Log Masuk” sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 (Isnin – Jumaat: 8am hingga 6pm) atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

KLIK DI SINI

Pembekalan, Pemasangan & Pengujian Virtual Desktop Infrastructure (VDI) Thin Client

PEMBEKALAN, PEMASANGAN, PENGUJIAN SERTA MELATIH PERALATAN ICT BAGI MAKMAL KOMPUTER DENGAN KAEDAH PENYELESAIAN VIRTUAL DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI) THIN CLIENT – KEBENARAN MEMASUKI SEKOLAH

Sebagai makluman, syarikat hanya dibenarkan memasuki sekolah di bawah pembekalannya untuk tujuan seperti ditetapkan sahaja dan tidak dibenarkan memasuki sekolah lain walaupun apa jua alasan tanpa kebenaran. Urusan lawatan atau pembekalan hendaklah dalam waktu pejabat sahaja. Wakil syarikat perlu memperkenalkan diri dengan membawa kad perakuan syarikat serta mematuhi peraturan memasuki sekolah yang sedia ada.

Sila muat turun untuk maklumat lanjut :

Pembekalan, Pemasangan & Pengujian Thin Client

Kelulusan Pertukaran Model Komputer Riba Di Bawah KPM

KELULUSAN PERTUKARAN MODEL KOMPUTER RIBA BAGI TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN ICT KE BAHAGIAN / JABATAN / INSTITUT PENDIDIKAN  DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Merujuk kepada tender membekal, menghantar, memasang, mengkonfigurasi, menguji dan mentauliah peralatan ICT, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju bagi pertukaran model komputer riba dari Lenovo/Thinkpad L420 kepada model Lenovo/Thinkpad L430 iaitu bagi kod item NB1, NB2 dan NB3.

Sila rujuk surat yang dilampirkan :
Surat Hebahan Pertukaran Model
Senarai Harga dan Model Mengikut Tender

Garis Panduan Agihan dan Tatacara Penggunaan DONGLE 1BestariNet

GARIS PANDUAN NORMA AGIHAN DAN TATACARA PENGGUNAAN DONGLE UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI TUJUAN AKSES INTERNET DAN VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) DALAM PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET

Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah mengenai norma agihan dan tatacara penggunaan dongle bagi tujuan mengakses internet dan juga VLE dalam projek perkhidmatan 1BestariNet oleh guru-guru dan seluruh warga sekolah yang memerlukan penggunaannya (pengguna) di sekolah-sekolah KPM.

Sila muat turun garis panduan dibawah :

Garis Panduan Dongle 1BestariNet

GARIS PANDUAN DAN TATACARA PEMBELIAN PERALATAN ICT (KELULUSAN JKICT)

1)  Mengisi Borang JKICT untuk kelulusan JKICT. Sila Klik Di Sini untuk muat turun borang.
2)  Peruntukan Yang Dibenarkan adalah seperti berikut:
i)   Peruntukan Akaun SUWA
a)  Memohon kelulusan Unit Akaun untuk menggunakan Akaun SUWA.
b)  Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary
ii)   Peruntukan PCG Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajarantidak termasuk PCG        Pradan LPBT (Sekolah / Asrama).

3)  Kemukakan Surat Permohonan Pembelian Peralatan ICT ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT dan lampirkan bersama :
i)   Borang JKICT yang telah lengkap
ii)   Salinan kelulusan Unit Akaun menggunakan Akaun SUWA (jika memohon menggunakan peruntukan SUWA)
iii)   Dapatkan sebutharga dari Syarikat Kaypi Technologies Sdn Bhd. Nombor telefon 03-55692386. Maklumat lanjut sila layari Portal http://spmict.kedah.edu.my di bawah tajuk Kontrak Pembekalan Peralatan ICT atau 

Pengurus cawangan
No.2 Tingkat Atas, Jln. Senangin 1
Taman Perniagaan Senangin
Jln. Sultanah Sambungan
05150 Alor Setar, Kedah
04-7342386
03-55692350
016-6855002 (Nik Rizal)

Pelaksanaan Projek 1BestariNet

PELAKSANAAN PROJEK 1BESTARINET DAN SURAT SIARAN KEBENARAN SEKOAll PostsLAH MEMASANG INTERNET

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan projek perkhidmatan 1BestariNet di semua sekolah seluruh Malaysia pada bulan Disember 2011. Projek ini merupakan perkhidmatan rangkaian Internet “end to end” bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi semua sekolah. Ia akan dilaksanakan selama 2 tahun 6 bulan oleh pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh KPM.

Sila muat turun untuk maklumat lanjut :

Pelaksanaan Projek 1BestariNet
Surat Siaran Kebenaran Sekolah